Jumaat, 9 Julai 2010

untuk undangan...

salam...
jika ingin mengundang saya hubungi no fon ini 013 305 0676 - shidie.

aku budak mahang...

Jarak Kulim ke Mahang lebih kurang 39 km. Sepertiga perjalanan antara Mahang-Kulim, ada sebuah tempat bernama Gunung Bongsu atau Felda Gunung Bongsu. Sesiapa yang mengambil peperiksaan SPM jurusan sastera sekitar tahun 1986-87 tentu pernah mendengar nama tersebut. Manakan tidak, buku rujukan SPM jurusan sastera ketika itu bertajuk ‘Seorang Tua di Kaki Gunung’. Karangan Azizi Abdullah. Azizi orang Kulim. Penceritaannya menjadikan Felda Gunung Bongsu sebagai latar tempat. Pejabat Pos pekan Mahang pula tempat watak utamanya ‘Tukya’, mundar mandir mengayuh basikal menghantar ‘money order’ kepada anaknya yang mengaji di bandar. Bila tamat pengajian dan berkerjaya, anak Tukya berkahwin dan beranak. Konfliknya berlaku di sini, pertembungan dua budaya. Tukya dan isterinya mak Besah yang masih kaya dengan amalan tradisi, seolah menangisi kehidupan anak, menantu dan cucu yang sudah hilang nilai peradaban Islam serta adat ketimuran.Walau bagaimanapun, landskap Mahang dan Felda Gunung Bongsu hampir serupa sahaja. Desanya masih ada sifat desa. Budaya gotong royong, adat tolong-menolong semasa kenduri kendara masih ada. Gulai kawah batang pisangnya pun masih memiliki keaslian. Aroma gulai kawah batang pisang dengan daging lembu ‘fresh’ yang disembelih pagi tadi, bingkas menaikkan giur dan ghairah untuk menjamahnya !


NASYIDUO